Wednesday, April 30, 2014

Book Review : Nasi Lemak Ikan Pekasam


Ni antara buku hasil menjelajah KL International Book Fair 2014 di gerai Jemari Seni.

Motif beli buku ni adalah sebab nak cari balik 'feel' sebagai cikgu. Kot ada lagi semangat ke-cikgu-an.

Anyway..

Memang dapat faham sebab dulu pun pernah rasa mengajar kat kawasan pedalaman. Walaupun MITIB bukan la pedalaman, tapi susah juga nak jumpa kedai runcit atau gerai makanan sekitar tu. Naik kereta atau motor, 15 minit baru jumpa jalan besar.

Sememangnya hidup di kampung lebih tenang. 

Buku ni adalah kisah dari susut pandangan Cikgu Ezudin, seorang guru yang berasal dari Kuala Lumpur.

3 sekawan : Aiman, pelajar yatim piatu yang bijak. Apit, anak orang asli yang berani. Loo Kar Fong.

Alif, anak Roha Janda yang mempunyai ilmu agama yang agak banyak dan berani kerana bernar.

Musuh kepada Aiman : Firdaus, anak Gayah Gelang yang perangai sebijik macam mak dia dan Vinesh.

Skandal Cikgu Ezudin : Ustazah Humairah, Roha Janda.

Gayah Gelang yang suka mencari gaduh, mencari keburukan orang, selalu menghina Aiman dan turut mendidik Firdaus supaya membenci Aiman.. 

Tok Ketua.

Bagus sebab ada pelbagai jenis watak. 

Antara watak yang aku rasa nak maki ialah Gayah Gelang yang kontroversi. Kejap-kejap cari gaduh. Kalau bukan dengan Roha Janda, dengan Aiman. 

Sejujurnya, mula-mula bengang dengan watak Gayah Gelang yang selalu cari kesalahan Aiman, sampai dibantainya anak kecil itu atas kesalahan yang dia sendiri mulakan.

Tapi bila dah kat tengah, baru faham kenapa dia benci sangat Aiman. 

Kalau berada di tempat Cikgu Ezudin pun, mungkin aku pun akan emo kalau dapat pelajar macam Aiman. 

Tak tahu sebab aku ni perempuan ke apa, tapi yang pasti, kalau aku ada kat tempat Cikgu Ezudin, mungkin aku akan selidik lebih awal kenapa Aiman selalu ponteng, datang lambat dengan baju yang penuh lumpur.

Bila Cikgu Ezudin layan Aiman dengan teruk, aku marah juga. Dia sebagai cikgu sepatutnya faham tak semua orang bernasib baik macam muridnya yang lain.

Sampai dalam hati terdetik : "Cikgu ni nak tunggu budak ni meninggal dulu baru dia nak faham kot!"

Walaupun banyak skip *ahem* bahagian fakta-fakta tu, novel ni mampu jugak la buat aku rasa sebak.