Tuesday, March 11, 2014

Book Review : Airis by Syasyaja




Aku baru lepas baca Airis, karya Syasyaja under Jemari Seni.

Terkejut dengan ending. 

Serius. 

Sampai aku tumbuk bantal dan guling-guling atas katil.

Nampak tak betapa kecewanya tu?

Walaupun selama ni aku mengharapkan ada novel yang heroinya dapat kat hero ke-2. tapi geram gilaa bila heroinnya, Airis dapat kat Akid.

Mungkin sebab aku ingat Luth hero pertama sebab nama dia yang keluar dulu.

Tapi mungkin sebenarnya dah terang heronya ialah Akid sebab memang banyak kisah dia dari Luth. Betapa dia tak suka kat mak tiri dia dan kenapa dia tak suka... 

Mungkin aku sebenarnya lagi sokong Luth berbanding Akid sebab Akid ada sejarah yang.. kurang menyenangkan?

Kenapa? Sebab Akid kasanova. Even niat dia nak dekat denga Airis pun lain, tak ikhlas. Niat nak rasa puas dapat girl yang jinak-jinak merpati. 

Hmm.. Tapi Akid berubah jadi someone yang lebih baik. That's good. Good for Him, him and Airis. Seorang lagi hamba-Nya dilembutkan hati untuk berubah.

Sebenarnya plus point kalau dapat suami yang kasanova (kalau perkataan positif sikit, romantik la), tiap-tiap hari akan buat hati si isteri cair. Kan? Nak-nak watak si Akid tu ada senyuman pencair hati. Kan semua perempuan nak suami yang romantik? Ke tak?

Masa umur belasan tahun, aku pun set nak suka orang yang nampak extra comel atau kacak masa dia senyum lepas tengok Fujiki Naohito dalam drama Itoshi Kimi E. Sebab dalam drama tu, aku tengok dia senyum, macam ada matahari je kat belakang. Gira-gira, pika-pika. Apa lagi, hati budak tak cukup umur ni pun bergolek-golek la. 

Back to the book.

Tapi serius bila baca, harapkan ending Airis-Luth. Sebab Luth penyayang gila. Zaman sekarang susah kot nak jumpa abang yang caring dekat adik (kecuali abang aku yang nombor 3. Dia tu memang caring terlebih.). Ke aku yang kurang jumpa manusia? 

Paling best part pasal Luth ialah 'takkan bagi siapa-siapa duduk di sebelah dalam kereta melainkan ahli keluarga dan Puan Luth'. Tak ke rare tu? 

Maybe sebab lain aku 'sokong' Luth sebab dia dah 6 tahun tunggu Airis kot. Lama tu, untuk tunggu someone. Silap juga sebab terlalu lama. 

Tapi betul jugak. Aku faham sangat kot POV *point of view* Luth. Tak semua orang mampu hadapi rejection. Nak-nak kalau orang tu kita selalu jumpa. Even kalau lecturer reject assignment, kita pun mesti rasa nak guling-guling, bukan? Dan kalau boleh, rasa macam tak nak jumpa dah lecturer tu. Kalau bukan sebab geram sebab reject assignment, sebab lain ialah malu. Kalau aku, antara duu sebab tu je. Tak tahu la kalau orang lain yang normal macam mana. (Aku ni dah selalu sangat orang kata aku ni abnormal jadi aku kurang arif pasal manusia yang normal.)

Anyway, aku.. enjoy ke? Haha. Tak pasti. 

Berbaur emosi baca cerita ni. But it's a good book. 

Ahh! Aku. Asal buku JS Publication je best. Haha