Sunday, May 20, 2012

Rambling Around..


hari ini rasa nk guling2 je atas jalan raya & kwsn hospital sbb xde kenderaan sgt.. ^^
bahagia je drive wlpn ada gak org yg bwk keta sambil cari maki.. Kereta tu macam hidup segan mati tak mahu je.
Hari ni mak mintak hantarkan ke tempat seminar. Wlaupun tidur pukul 5, Alhamdulillah larat berjaga sampai malam. Masa tengah kemas rumah, memang banyak kali nanar sebab nak ingat balik jalan nak gi tempat mak kursus tu. Petang tu, mak call cakap boleh balik awal. Nak keluar rumah pun memang doa banyak-banyak kat Allah, mintak kuatkan memori aku untuk ambik mak kat Taman Tengku Anis (?) ke kat mana tah area Pengkalan Chepa tu.
Ye, aku tau.. Aku ni betul la manusia tak sedar diri. Time susah baru mintak itu ini dengan Allah, time senang aku wat lambat-lambat je apa yang Dia suruh. 
Sebab jalan lengang walaupun hari Ahad? (bagi yang tak tahu, Ahad adalah hari bekerja dan Jumaat ada hujung minggu.)
Sebab Kelantan muncul juara Liga FA. Tahniah Red Warriors *throwing confetti*


(piala baru nampak? pinjam nak buat bergambar boleh? keke)
TRW, sila menang byk lagi games luar dari Kelantan.. saya yg menyokong dr depan TV rasa bahagia nk keluar dari rumah. Tapi ni bukan bermaksud aku doakan Kelantan kalah kalau lawan kat tempat sendiri ye?


Hari ni sambil kemas rumah untuk wedding Ayeh, aku sempat jugak la chat dengan kawan Christian-Chinese aku, Riu. Hari ni cuaca memang panas terik and dia ada bagitahu dia plan nak gi swimming pool dengan kawan-kawan dia. Aku yang tengah tension dengan rumah yang macam baru lepas tsunami memang bagitau ayat standard 'nak ikut~~' macam tu. Ayat yang dis keluarkan memang agak mencabar sikit tapi sebelum aku sentap/mengamuk tak tentu hala, aku pujuk diri. Dia bukan membesar dalam Islam, so dia tak faham kenapa perempuan Islam tak boleh pakai bikini masa nak mandi kat tempat public. Kalau dia faham tapi saja buat tak faham, Wallahualam.. Tapi kalau orang Melayu yang tanya, memang kemungkinan besar kat situ jugak aku mengamuk!

Mungkin dia keliru tengok ada orang Melayu yang beragama Islam ada yang tak tutup aurat properly, pergaulan bebas, togok minuman haram etc. Jangankan dia, aku pun kadang-kadang keliru jugak dengan bangsa aku. Aku tak nak cakap lebih-lebih sebab among best friends aku, memang ada yang tak pakai tudung. Just pandai-pandai la tentukan baik-buruk dan mintak dijauhkan dari perkara macam tu terjadi kat diri dan orang yang kita sayang. Umur dah mencecah 20 dah pun. Dah boleh buat judgement sendiri. Memang labuh tudung or aurat yang ditutup tak menjamin keperibadian seseorang tu macam mana. Yang pakai tudung labuh tak semestinya tak tinggal solat. Yang tak tutup aurat dengan proper, tak semestinya sembayang dia tak terjaga. 

Tah kenapa kali ni rasa  nak cakap je benda ni.